Saturday, 27 August 2011

ToK

Kini aku sudah berusia 17 tahun.Belajar di salah sebuah SBP di utara dan ini merupakan tahun terakhir aku. Hidup aku terasa lengkap dengan kehadiran dua insan teristimewa dalam hidup aku.Itulah ayah dan juga ibu ku. Namun aku lebih selesa memanggil mereka dengan panggilan yang lebih manja,'pak' dan 'mak'.

Sejak lahir aku dibesarkan oleh dua insan yang sangat istimewa dalam hidup aku sehingga aku mengenal erti merangkak dan berjalan.Aku dibesarkan oleh mereka sehingga usia ku mencapai setahun setengah.Kini sesekali aku terfikir,apakah istimewanya diri ku ini sehingga mereka sanggup untuk menjaga ku?Padahal ramai lagi cucu lain yang ada.Ya,merekalah NenDA ku.Aku lebih selesa memanggil mereka dengan panggilan 'tok' dan 'wan'. Aku begitu rapat dengan mereka sejak kecil.Sesekali aku merasakan aku lebih rapat dengan mereka daripada kedua orang tua ku.

Di usia aku mencapai 16 tahun,tanggal 8 November 2010, detik sejarah paling perit dalam hidup aku. Tok pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.Semua sanak-saudaraku pulang ke kampung.Dari Kuala Lumpur,Sungai Petani,Gerik, dan lain-lain lagi,semua pulang dalam keadaan tergesa-gesa mengejar dan berlumba dengan masa untuk menjengok tok.Semua risau dan dapat ku lihat masing-masing mengalirkan air mata ketika berada di muka pintu rumah wan.Termasuklah dengan diriku ini.Dapat ku lihat ramai kawan-kawan wan dan tok datang menziarahi tok.Ramai sangat.Semua lelaki berkopiah putih.

Di sekolah, aku merupakan seorang Pembimbing Rakan Sebaya dan aku telah diberi peluang untuk mengikuti kursus PRS peringkat kebangsaan seluruh SBP yang telah berlangsung di Kuala Kubu Bharu, Selangor.Jika sebelum ini aku berjaya membuat semua pelajar sekolah rendah yang datang ke sekolah ku menangis semasa sesi Muhasabah kerana aku gemar bermain dengan emosi mereka yang begitu sayang akan kedua orang tua mereka.Aku begitu suka menyuruh mereka mengimajinasikan suasana ketika ibu atau bapa mereka meninggal dunia.Ini dapat menginsafkan mereka walaupun sejenak.Malah taktik inilah yang sering digunakan oleh para motivator untuk menginsafkan para pelajar dalam sesi motivasi mereka.Tuhan itu Maha Adil dan dialah Perancana yang terbaik.Kini peristiwa yang selama ini imajinasi dan mainan ku betul-betul menjadi kenyataan.

Masih ku ingat,
8/11/2010- Pada jam 7.00 malam aku bersiap dengan pakaian kasual kerana malam itu ada satu jamuan rasmi bagi unit Pembimbing Rakan Sebaya.Aku ke dewan sekolah awal pada malam itu bersama beberapa rakan PRS tingkatan 4 yang lain.Menjadi tradisi pelajar tingkatan 4 akan menjadi urusetia dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Aku memasukkan juadah makanan yang ditempah ke dalam pinggan mangkuk yang ada.Semua telah disediakan dengan rapi.Tepat jam 8.00 malam,kaunselor sekolah pun sampai.Para PRS tingkatan 3 dan 5 yang lain turut mengambil tempat di dalam dewan. Merekalah teteamu pada malam itu.Ketika jarum jam menjengah detik 8.30 malam,PK HEM pun tiba.Beliau mewakili Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir.Majlis perasmian pun bermula.Ketika PK HEM petah berucap, tiba-tiba datang seorang rakan ku,seorang Badri, memanggilku dari luar dewan.Dia memberitahuku bahawa mak dan pak aku sedang menanti di surau.Allahhuakbar!Kenapa mereka datang waktu malam-malam begini?, kata hati kecil ku.Perkara-perkara negatif pantas menceroboh masuk ke dalam fikiran ku tanpa diizinkan.Setelah nampak kelibat mereka di surau,aku pun mendekati mereka.Aku bertanya kepada pak ku, "Ada apa malam-malam ni pak?".Tiba-tiba pak memberitahuku,"Abang, tok dah tak ada.",dalam nada yang cukup sayu.Itulah pertama kali aku melihat hero hidupku tersedu sebegitu. Innalillah hi wa inna ilaihi raji'un. Aku tak dapat berkata apa-apa.Aku perlu mencari adik ku yang sedang menjalani prep malam di kelas di kawasan sekolah.Ya,kami dua beradik belajar di sekolah yang sama. Ketika dalam keadaan tergesa-gesa mencari adik ku itu,dapat ku rasakan titisan air mataku mengalir membasahi pipiku dan melembapkan baju kemeja kasual aku itu.Segala memori indah ku bersama tok pantas bermain di mindaku.Setelah mendapat tandatangan daripada warden,kami sekeluarga pantas pulang ke kampung.Sepanjang perjalanan mak tak mampu berkata apa-apa.Hanya tangisan sayu yang dapat mengetuk gegendang telinga ku.

10.30 malam-Kami sampai di rumah tok dan wan.Ramai sungguh orang pada ketika itu.Ketika mendekati pintu rumah, dapat ku lihat sebidang kain yang di rentangkan seolah-olah dinding untuk membuat satu ruang baru didalam rumah itu.Selepas menyelak kain itu, dapat ku lihat sekujur tubuh yang selama ini sangat ku sayangi,lebih dari diriku sendiri, terpaku pucat diatas katil itu.Kain batik milik tok menjadi pengalas tubuhnya yang sudah tak bernyawa.Ketika menyelak kain itu untuk melihat wajah tenang tok, hatiku bertambah sayu dan sungguh perit untuk aku menerima kenyataan ini.Mengapa insan ini yang Kau pilih, Allah.Aku sungguh rapat dengannya,Allah.Siapa lagi yang akan menjadi tempat aku berkongsi masalah selepas ini, Ya Allah? Siapa lagi yang akan menjadi ratu hatiku ketika aku dalam dilema masalah?Siapa lagi yang akan memberiku semangat untuk terus belajar?Tok,mengapa tok pergi meninggalkan abang?Abang belum sempat lagi berjaya dalam hidup abang.Perjuangan hidup abang masih panjang lagi, tok.Ketika mencium dahi tok yang sudah sejuk, hati abang tersentuh dan merasakan itulah penamat hidup abang.Tok telah pergi meninggalkan abang buat selama-lamanya.Subhanallah.Allahhuakbar.Abang masih lagi tak dapat menerima hakikat ini.
Wajah tenang tok ketika itu menjadi penenang hati abang ketika itu.Abang tak melepaskan peluang untuk sedekahkan bacaan al-Fatihah, Yaasin dan juga tahlih sepanjang malam itu.Abang cuma mampu tidur selama tiga puluh minit sahaja.Ramai sungguh sahabat-handai tok pada malam itu malah sehingga awal pagi juga masih ramai sehingga jam 4.00 pagi.Masing-masing tak melepaskan peluang menziarahi tok dan lakukan apa-apa yang patut buat tok untuk kali yang terakhir.Ketika jam 10.00 pagi berikutnya tok di mandikan.Tok sangat suka mandi ketika hayat tok.Itulah peluang terakhir tok untuk mandi dirumah sendiri.Semua rakan-rakan perempuan tok melakukan tugas ini termasuk anak-anak perempuan tok.Tak terkecuali mak.Setelah itu tok dikafankan.Semua anak dan cucu lelaki tok dipanggil untuk membawa jenazah tok ke ruang tamu untuk di solatkan.Abang tak melepaskan peluang ini.Abang turut membawa jenazah tok yang kaku itu ke ruang tamu.Sekali lagi air mata bercucuran di pipi abang.Allahuakbar.Abang tak mampu menanggung ujian tuhan ini.Mengapa tok yang pergi?Biarlah abang yang pergi,tok.Namun,takdir tuhan menentukan segala-galanya.

9/11/10;12.00 tgh hari-Setelah selesai  solat jenazah untuk tok, tok dibawa ke sebuah kampung untuk dikebumikan selepas selesai solat fardhu Zohor.Jauh juga kampung itu.Disitulah tok dilahirkan dan di situlah juga menjadi tempat untuk tok dikebumikan.Ramai nenek moyang keturunan kita dikebumikan di situ.Selepas selesai solat fardhu,sekali lagi jemaah masjid menunaikan solat sunat jenazah buat tok.Setelah selesai, kami diberi peluang terakhir untuk menatap muka tok buat kali terakhir.Kemudian tok dibawa ke liang lahad untuk dikebumikan.Setelah selesai dimasukkan kedalam liang,abang turut mengambil peluang untuk melakukan kerja di situ.Kemudian,talkin dibacakan.Kini abang mula menerima kenyataan ini,tok.

Masih abang ingat,ketika kecil dahulu, abang sering ikut tok untuk masuk ke kebun wan untuk mengambil buah yang ada.Masa itu,tok masih kuat lagi.Tok yang selalu menjaga abang semasa abang memanjat pokok di kebun itu.Lepas itu, masa musim raya puasa,tok lah orang pertama yang mengajar abang cara memasukkan sumbu dan mengenal apa itu minyak gas.Sekarang orang memanggilnya minyak tanah atau kerosene.Haha. Pada usia abang 3 tahun itu masih lagi tak kenal semua benda itu.Tok lah yang menjadi kawan baik abang ketika itu.Abang pula masa itu puasa kan-nyang.Hehe.Puasa,makan dan kenyang.Ketika abang ingin mengupas kelapa,tok lah yang menunjukkan cara mengupasnya menggunakan golok sehingga abang pandai lakukannya sediri walaupun taklah sehebat tok.Tok...kenapa tok pergi meninggalkan kami semua tok?

Tok tidak sakit apa-apa semasa saat terakhir hayat tok.Sehari sebelum tok pergi,tok masih lagi sihat malah menonton televisyen dengan mak sambil makan jagung rebus.Memang sudah menjadi rutin mak untuk pulang ke kampung setiap hari untuk menyediakan makanan untuk tok dan wan selepas tok tak mampu lagi berdiri lama untuk masak sejak 6 tahun lalu.Semuanya bermula selepas tok tergelincir kedalam longkang dan retak sebelah kaki.Kasihan tok.Ini semua ujian dari Allah, tok.

Kini semua kesengsaraan tok sudah tamat.Semua penderitaan yang terpaksa di tanggung oleh tok sepanjang hayat tok sudah tamat.Allah begitu menyayangi tok.Begitu mudah tok pergi.Hanya dengan serangan jantung selama 5 minit, dan tok pergi menemuiNya.Tok sungguh istimewa.Takkan ada 'tok rodziah' kedua dalam hidup abang selepas ini.Kini, setiap kali abang pulang ke kampung, abang akan teringatkan tok dan sentiasa terasa seolah-olah tok berada dekat dengan abang.

Tok,abang berasa sungguh bertuah dan bersyukur kerana di beri kesempatan untuk hidup bersama tok biarpun dalam tempoh yang sangat singkat.Abang bersyukur tok.Sangat bersyukur.Semakin lama tok pergi, semakin memuncak rindu abang terhadap tok.Inilah kali pertama raya Aidilfitri tanpa tok.Terasa kekosongan yang tok tinggalkan dan takkan mampu di tampung oleh sesiapa lagi selepas ini.

Tok,sekarang tok sudah berada di alam sana.Abang tak tahu bila pula masa abang.Semoga tok bahagia di sana.Abang sentiasa doakan tok.Semoga tok sentiasa ditempatkan bersama-sama orang beriman.Tok, tunggu abang di syurga ya tok.Allahumma amin.~ 


*Al-Fatihah  buat arwah tok,Hjh Raudziyah Binti Hj Ahmad